Thursday, 18 December 2014

Update 18 December 2014 - New Cover


Assalamualaikum

Alhamdulillah team designer kami telah memparbaharui cover DVD terbitan kami. InsyaAllah siap digunakan untuk tempahan yang akan disiapkan hujung minggu ini.

Sebarang tempahan atau pertanyaan, sila hubungi ajen kami,

Saudara Zahid (014-5228155)
(SMS / Whatsapp sahaja semasa waktu pejabat Isnin-Khamis)







Sambil itu, boleh layari channel Youtube kami, (https://www.youtube.com/user/oneummahstudio) untuk menikmati sneak peek dan beberapa rakaman percuma daripada kami.

*Buat masa sekarang, untuk title Ibrah Surah Al-Kahfi oleh Ustaz Zamri hanya ada format dalam bentuk CD MP3

~Demi Penyebaran Ilmu Dan Agama~

Thursday, 20 June 2013

Ibrah Al-Kahfi: Ustaz Zamri Mantop




Ibrah surah al-Kahfi merupakan 'must- watch' DVD untuk mereka yang ingin membaiki dan meneroka 'sofware' yang penting dalam diri manusia iaitu sub-conscious mind. Menampilkan Ustaz Zamri Zainuddin atau lebih dikenali  dengan tagline 'mantop' telah berjaya mengupas isi kandungan surah al-kahfi Dengan gaya yang santai tetapi sarat dengan ilmu. Dalam siri ini juga dikupas secara mendalam pertembungan antara pemikiran materialistik & pemikiran berpandukan islam sebenar. Penekanan kepada muslim untuk kembali kepada fitrah islam yang sebenar dengan melakukan perubahan secara besar-besaran yang bermula dengan merubah solfware kendiri. 

untuk menonton sedutan dari mutiara ilmu ini bolehlah melalui link ini:
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rpOT5QcKJ74

Tuesday, 24 July 2012

When Baju Melayu Meets Baju Kurung...Ustazah Fatimah Syarha


SINOPSIS
Pelbagai persoalan mengenai cinta dari isu "bercouple" sehingga kepada pernikahan dikupas dari sudut pandangan agama yang disampaikan oleh pasangan Novelis yang terkenal ini.

Sunday, 22 July 2012

90 Minit Bersama Amin Idris




SINOPSIS
Personaliti terkenal Amin Idris mengajak penonton untuk me"magnet"kan diri menerusi ceramah motivasi ini yang akan membantu penonton untuk membentuk keyakinan diri untuk mengejar impian di dalam kehidupan

Friday, 20 July 2012

Keluarga Sakinah: Bukan Cinta Biasa- Catriona Ross


SINOPSIS
Panelis membincangkan perihal cinta dan rumahtangga dan bagaimana untuk mengecapi "Keluarga Sakinah"

Thursday, 19 July 2012

Jutawan Senyap - Sharing Moment with Chef Li (Dato Hj Rusly)



SINOPSIS
Jika anda masih merasakan bahawa menjadi Jutawan adalah suatu yang mustahil, maka anda haruslah menonton DVD ini. Suatu perkongsian dari Jutawan Senyap Chef Li yang bakal membangkitkan semangat anda untuk memulakan perniagaan sendiri tanpa modal yang besar.

Wednesday, 18 July 2012

Prof Dr Muhaya - Am I A Real Proffesional Muslim


SINOPSIS
Membicarakan tentang erti kata sebenar muslim yang professional yang disampaikan dengan gaya penuh santai namun tetap dapat memberi motivasi kepada para penonton supaya sentiasa berusaha untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Tuesday, 10 July 2012

When I See You My Heart Beats... - Ustaz Syaari dan Ustazah Syuhadah


SINOPSIS
Ustaz Syaari bergandingan bersama isteri beliau di dalam talk yang mengisahkan tentang cinta dan berkongsi tentang realiti dalam kehidupan berumahtangga

Tanyalah Ustaz - Ustaz Syed Abd Kadir Al Jufri


SINOPSIS
Ustaz Syed menjawab pelbagai persoalan yang meliputi pelbagai bidang ilmu agama dari para pelajar.

Monday, 7 May 2012

Siri DVD Baru OneUmmahStudio July 2012

Terbaru dari One Ummah Studio,  Siri DVD terkini dari kami dibarisi oleh tokoh-tokoh yang hebat...Antaranya: Tontoni video promosi ini untuk preview kesemua dvd ini















  • Ustazah Fatimah Syarha
  • Ustaz Syaari
  • Catriona Ross
  • Ustaz Ridhauddin
  • Prof. Dr. Muhaya
  • Amin Idris



Sunday, 6 May 2012

Ketika Cinta Bertasbih bersama Ustaz Don

SINOPSIS
Bicara Persada Ketika Cinta Bertasbih dipengerusikan oleh Ustaz Badli Shah dan barisan panelis yang mantap iaitu Ustaz Syed Mohd Norhisham, Ustaz Don dan Sham Kamikaze membincangkan tentang bagaimana untuk memupuk kecintaan kita terhadap Rasullulah menerusi pelbagai kisah-kisah yang disampaikan dalam nada yang meruntun jiwa.

Saturday, 5 May 2012

"I'm Rock I'm OK" - Sham Kamikaze








Sinopsis
Sham Kamikaze berkongsi kisah penghijrahan beliau beserta perbincangan mendalam tentang 
pandangan Islam mengenai hiburan bersama Ustaz Mansor

Friday, 4 May 2012

Ustaz Ridha - Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps




SINOPSIS
Ustaz Mohamad Ridhauddin membawa para penonton untuk mendalami fitrah lelaki dan wanita yang berbeza
dan bagaimana untuk membentuk persefahaman demi menjamin kebahagiaan di dalam
kehidupan berumah tangga kelak.

Thursday, 3 May 2012

Imam Muda Fakhrul - Taubat; one step closer to Allah

SINOPSIS
Bersama Imam Muda Fakhrul membicarakan perihal taubat yang diperjelaskan secara mendalam dengan gaya penyampaian yang santai namun mampu meruntun jiwa.

Wednesday, 2 May 2012

Dakwah, Hiburan, dan Islam

















SINOPSIS
Bicara bersama selebriti Sham Kamikaze serta Ustaz Zulkifli Ahmad dan Ustaz Suffian tentang konsep Hiburan di dalam Islam dan bagaimana Umat Islam secara amnya pada masa kini dapat menggunakanya sebagai suatu medium penyampaian dakwah.

Tuesday, 1 May 2012

" Cintai Diri Bina Personaliti"bersama Amin Idris dan Heliza Helmi

SINOPSIS

Coffee Talk " Cintai Diri Bina Personaliti" yang disampaikan oleh Amin Idris dan Heliza Helmi mengajak para penonton untuk belajar untuk lebih menyayangi diri agar dapat membentuk keyakinan diri dan membina personaliti yang mantap dan seterusnya mengecapi kejayaan didalam kehidupan

Saturday, 5 November 2011

U-Turn Bersama Catriona Ross dan Ustaz Riduan




SINOPSIS
Selebriti Catriona Ross berkongsi pengalaman dan kisah penghijrahan beliau yang menuntut para penonton untuk sama bermuhasabah dan membuat u-turn ke arah yang lebih baik. Turut serta Ustaz Riduan, yang memberikan pelbagai input berguna sebagai buah fikiran.

Monday, 24 October 2011

Forum Intellektual Tinta Emas Layar Perak

 

SINOPSIS
Suatu perkongsian daripada ahli panelis, Wardina Safiyyah dan juga Prof. Dr. Harlina Siraj tentang peranan media hiburan serta bidang penulisan sebagai suatu medium yang mampu membentuk sesebuah masyarakat.


Panelis
Wardina Safiyyah
Prof. Dr. Harlina Siraj
Moderator
Ustaz Syaari Abd Rahman

Lokasi: IIUM Gombak

Tuesday, 2 August 2011

Forum Antara Dua Cinta


Mengupas isu-isu berkaitan cinta remaja dan belia,dan bagaimana untuk menyalurkan percintaan agar menjadi halal dan berkat.Amat sesuai ditonton oleh mereka yang masih mencari dan yang sedang berusaha ke arah merealisasikan sebuah perkahwinan.

Bicara Cinta






Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Juoi, berkaitan bagaimana memupuk kecintaan kita terhadap baginda Rasullulah S.A.W. melalui penerangan dan analogi yang jelas serta mudah diikuti.